Thursday, May 5, 2011

wedding william & kate



Seramai 20 orang ditangkap dalam serbuan di sekitar London menjelang perkahwinan diraja pewaris kedua monarki Britain, Putera William dengan tunangnya, Kate Middleton hari ini, kata ibu pejabat polis Scotland Yard semalam.Menurut laporanAFP, pegawai polis melakukan serbuan pada waktu subuh itu mengikut perintah waran tangkap di tiga tempat berasingan sebagai sebahagian daripada operasi perisikan yang dilancarkan.semua yang ditangkap kini ditahan di beberapa balai polis sekitar London. "Penangkapan ini sebahagian daripada langkah keselamatan untuk menahan suspek yang disyaki," kata jurucakap Scotland Yard.19 orang ditangkap di Camberwell, selatan London manakala seorang lagi ditahan di Hackney, timur London.Sementara itu, APyang memetik sumber polis metropolitan London berkata tiga orang ditahan di selatan London malam tadi kerana disyaki merancang untuk mencetuskan kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam.Dua lelaki berusia 68 dan 45 tahun serta seorang wanita berusia 60 tahun itu ditahan di lokap sebuah balai polis.Polis enggan memberi butiran lanjut tetapi menyatakan mereka yang ditahan itu merancang untuk menghadiri majlis perkahwinan diraja itu.

:: cete dekat atas tuh maya copy paste jerk dalam intenet. sebab mana tawu korang yang tak tahu lagi mengenai nya kan.. btw time maya tengok weding tuh berlangsung maya dekat ofis so tak boley tengok dari awal,balik rumah terus terpacak depan tv nak tengok. tujuan utama maya tengok sebab nak tawu siapa yang reka baju wedding tuh.. baju dea memang ringkas sangat kan ? lawa lah jugak.. kuda yang ikut berarak pown banyak gile.. yang ayah maya dok cakap entah bape juta britain abis untuk buat weding bakal raja britain tuh kan.. dan yang paling penting kate untung lah dapat willian tuh..

No comments: